Friday, November 20, 2009

Uniknya Kota Tinggi


Kota Tinggi......satu nama yang unik, lahirnya seorang lelaki bernama
Fazli yang di Binkan Abd.Jalil didaerah Kota Kinggi yang bersejarah dan unik.
Dilahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga kecil tapi, syukur kerana aku anak jati kota kecil ini.
Unik, tapi ada pelik juga jika difikir mengenai nama kota kecil ini.Di mana kota yang tinggi ?
Kota Tinggi meupakan salah satu daerah yang masih ada keunikan dan sejarah tersendiri, yang mana masih ramai tidak mengenali daerah keecil ini.Di kota ini juga merupakan suatu kawasan dimana terletaknya makam-makam para laksamana yang dahulunya disegani oleh bangsa-bangsa lain.Di daerah ini juga kita mampu melihat pelbagai keunikan alam flora fauna serta hidupan yang jarang-jarang ditemui.Sebagai contoh, pelancong dari Singapura, Thailand, Indonesia dan pelbagai pelusuk lagi suka untuk ke pantai-pantai yang terdapat disini.Pantai yang terdapat di daerah ini begitu memukau hati pelancong dari negara barat.Desaru, Air Papan, Tanjung Balau, Batu Layar adalah kawasan yang sering dilawati tidak kira pelancong dari dalam dan luar negeri.Melihat keajaiban kunang-kunang atau api-api selalu menjadi tumpuan para pelancong.Ini semua dapat dilihat hanya disungai kota.Hidupan liar dan hidupan air juga dapat didekati di daerah ini.
Bagi yang suka untuk ke pulau-pulau bagi menenangkan jiwa sudah pasti Kota Tinggi merupakan pilihan.Melihat hidupan laut seperti didalam kaca atau membiarkan ikan-ikan bermain dikakiboleh dilalui pengalaman ini di Pulau Pemanggil.Menjamah kesejukan air dari kaki gunung sudah tentu menggamit hati, jadi tidak hairan jika air terjun Kota Tinggi menjadi tumpuan semua pelancong luar dan dalam negeri.Mendekati kisah-kisah silam di Johor Lama tentunya memberi kita pengalaman yang menyeronokkan.
Menjinakkan hidupan liar dan membela untuk tatapan umum dapat dilihat di pusat belaan buaya yang terletak di Teluk Sengat, disamping memancing dijeti-jeti ataupun dikelong-kelong yang terdapat dimerata tempat berhampiran pantai Teluk Sengat.
Apa yang penting keunikan Kota Tinggi tidak dapat ditamatkan selagi kita tidak terus mencari dimana atau melalui pengalaman unik ini.